GAZA, 19 Julai - Sekurang-kurangnya 32 warga Palestin terbunuh dan puluhan cedera selepas Zionis Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai berhampiran pusat agihan bantuan kemanusiaan di utara Rafah, semalam.
Menurut WAFA, mangsa ditembak ketika menghampiri kawasan bantuan yang dikepung kereta kebal, jip tentera dan dron Israel.
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula mendedahkan lebih 875 orang terbunuh dalam tempoh enam minggu lalu di pusat agihan bantuan di Gaza berhampiran lokasi kendalian Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF).
Sebahagian besar kematian dilaporkan berlaku berhampiran lokasi GHF.
Manakala 201 lagi mangsa terbunuh di laluan konvoi bantuan lain.
PBB mengkritik model agihan bantuan GHF yang disifatkan “sangat berbahaya” dan melanggar piawaian kemanusiaan - REUTERS