fb fb fb fb fb

Remaja Palestin menderita akibat serangan Israel

Taysir (kanan) ketika diuruskan bapanya/Foto REUTERS

GAZA, 13 Julai - Seorang remaja Palestin, Taysir Ahmad, 17 tahun berkongsi kisah menyayat hati tentang penderitaan yang dialaminya selama hampir setahun selepas mengalami melecur teruk akibat serangan peluru berpandu Israel yang turut memusnahkan rumahnya di Gaza, membunuh ibunya dan mencederakan keluarganya.

"Saya menanggung kesakitan setiap hari. Tangan saya sentiasa sakit dan hidup saya penuh penderitaan. Saya tidak dapat tidur malam, hanya mampu menangis kerana terlalu sakit. Hidup sangat sukar, lebih-lebih lagi tanpa sebarang rawatan." katanya.

Selain kekurangan rawatan perubatan, keluarga itu hidup dalam kemiskinan dan kebuluran akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan untuk pemulihan luka melecur.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih 50,000 kanak-kanak Palestin telah terbunuh atau cedera di Gaza sejak Oktober 2023.

Jurucakap UNICEF, James Elder menyifatkan, keadaan di Gaza sebagai amat menyedihkan dan menekankan keperluan mendesak untuk pemindahan perubatan. -REUTERS

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN