fb fb fb fb fb

Remaja Palestin cedera ditembak Israel

Foto WAFA

JENIN, 7 April- Seorang remaja Palestin cedera akibat tembakan dilepaskan rejim zionis semasa serbuan penjajah berkenaan ke bandar Ya'bad, selatan Jenin.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA) sumber berkata bahawa tentera Israel menyerbu bandar itu sehingga mencetuskan konfrontasi dengan penduduk tempatan.

"Seorang remaja berusia 15 tahun cedera akibat terkena peluru hidup Israel semasa konfrontasi berlaku.

"Remaja itu kemudiannya dibawa ke pusat perubatan di bandar untuk menerima rawatan," katanya kepada WAFA.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM