fb fb fb fb fb

Hospital Al-Shifa alami kemusnahan teruk - WHO

Foto REUTERS

GAZA, 7 April- Pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berjaya memasuki Hospital Al-Shifa di Kota Gaza, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Pasukan Untuk Kecemasan Kesihatan di WHO, Dr. Ayadil Saparbekov, pihaknya melihat sekurang-kurangnya lima mayat di hospital berkenaan.

"Hospital Al-Shifa telah mengalami kemusnahan yang teruk.

"Pasukan Israel meninggalkan kawasan terbiar bangunan yang musnah.

"Terdapat bau kumbahan dan mayat yang reput di sekeliling saya," katanya kepada pemberita di sini.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM