(Ahli keluarga remaja Palestin meratapi mayat Amjad Abu Ali di sebuah hospital di Ramallah pada Jumaat/FOTO AFP)
RAMALLAH, 30 Julai - Seorang rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman terbaru tentera rejim Zionis apabila maut ditembak pada Jumaat.
Identiti mangsa disahkan Amjad Nashaat Abu Ali remaja berusia 16 tahun maut selepas ditembak di bahagian dada.
Sebelum itumangsa bersama penduduk Kampung Al-Mughayer di Ramallah mengadakan bantahan terhadap usaha rejim untuk meluaskan kawasan pendudukan.
Pertempuran tercetus setelah peneroka haram Yahudi dan kumpulan penduduk Palestin melontar batu antara satu sama lain.
(Amjad Abu Ali meninggal dunia akibat kecederaan kritikal tembakan di dada. - FOTO AFP)
Tentera Israel masuk campur dan bertindak melepaskan tembakan.
Pada Ahad lalu, dua penduduk Palestin turut maut ditembak tentera rejim di Nablus. - AFP