(Antara bangunan yang rosak akibat gempa bumi di Bangued, wilayah Abra pada 28 Julai/FOTO REUTERS)
MANILA, 30 Julai - Penduduk di wilayah Abra dinasihat meninggalkan rumah masing-masing akibat gempa susulan yang masih berlaku di kawasan itu.
Pihak berkuasa memaklumkan keselamatan penduduk masih berisiko meskipun gempa kuat telah berlalu.
Setakat ini, lebih 800 gempa susulan terjadi di wilayah terbabit selepas gempa bumi kuat dengan 7 magnitud berlaku pada Rabu lalu.
Menurut agensi bencara negara berkenaan, enam disahkan terkorban dan empat masih lagi hilang.
Selain itu, terdapat kerosakan besar pada infrastruktur di beberapa wilayah yang terjejas akibat gempa bumi yang berkemungkinan merosakkan lagi bangunan termasuk struktur lama, sekolah, jambatan dan rumah.
(Seorang wanita berjalan melepasi gereja yang terjejas selepas gempa bumi di Bangued, wilayah Abra pada 28 Julai/FOTO REUTERS)
Kira-kira 600 individu penduduk di Banqued, termasuk beberapa orang yang cedera telah dipindahkan dari rumah mereka dan ditempatkan di plaza bandar ibu kota Abra.
Gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.1 melanda Pulau Luzon di utara Filipina sehingga gegaran turut dirasai di ibu negara Manila menyebabkan hampir 80, 000 penduduk terjejas. - REUTERS