fb fb fb fb fb

Gazprom gantung bekalan gas ke Latvia

(Saluran paip gas asli 3D diletakkan di hadapan logo Gazprom dan bendera Rusia
yang dipaparkan dalam ilustrasi ini diambil pada 8 Februari 2022/REUTERS)

MOSCOW, 30 Julai- Syarikat tenaga gergasi Rusia, Gazprom menggantung bekalan gas asli ke Latvia berikutan ketegangan antara Moscow dengan Barat berhubung konflik di Ukraine.

"Hari ini, Gazprom menggantung bekalan gasnya ke Latvia disebabkan pelanggaran syarat pembelian," kata syarikat itu di Telegram.

Gazprom secara drastik mengurangkan penghantaran gas ke Eropah melalui saluran paip Nord Stream pada hari Rabu kepada kira-kira 20% daripada kapasitinya.

Isnin lepas, syarikat milik kerajaan Rusia itu mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan bekalan kepada 33 juta meter padu sehari -- separuh daripada jumlah yang telah dihantar sejak perkhidmatan disambung semula minggu lalu selepas 10 kerja penyelenggaraan.

(Logo Gazprom/REUTERS)

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bagaimanapunh menuduh Rusia sengaja mengehadkan bekalan sebagai tindakan balas terhadap sekatan Barat atas campur tangan Moscow di Ukraine.

Terdahulu Gazpromh memaklumkan bahawa operasi salah satu daripada dua turbin operasi terakhir dihentikan sementara disebabkan "keadaan teknikal enjin".

EU minggu ini bersetuju dengan rancangan mengurangkan penggunaan gas sebagai tanda bersolidariti dengan Jerman. -AFP

Media Baharu