fb fb fb fb fb

Remaja 16 tahun tikam mati 2 wanita di Republik Czech

FOTO HIASAN

PRAGUE, 20 Februari- Dua orang wanita terbunuh dalam serangan menggunakan pisau di sebuah kedai di Republik Czech pada Khamis.

Menurut polis, serangan pada waktu pagi itu dilakukan oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Remaja tersebut yang juga warga tempatan ditahan beberapa minit selepas serangan itu di Hradec Kralove, kira-kira 100 kilometer (60 batu) di timur Prague.

Polis bagaimanapun menjelaskan motif serangan masih belum jelas dan siasatan lanjut masih dijalankan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE