fb fb fb fb fb

RCSC hantar bantuan kemanusiaan ke Ukraine

BEIJING, 10 Mac- Misi bantuan kemanusiaan Persatuan Palang Merah China (RCSC) berlepas ke Ukraine semalam sebagai usaha membantu pelarian yang terkesan akibat konflik.

Bantuan kemanusiaan itu terdiri 1,000 pek bungkusan mengandungi selimut, pad kalis lembap, tuala, pinggan mangkuk, meja, baldi dan lampu suluh.

Dalam satu kenyataan, RCSC memaklumkan bahawa ia menyambut baik tujuh prinsip Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang cakna kepada perkembangan situasi semasa dan keperluan kemanusiaan serta membekalkan bantuan secara berterusan.

Usaha itu sekali gus mencerminkan peranan China yang bersifat membina dalam meredakan ketegangan di Ukraine.

(Gambar fail)

Sementara itu, China menyeru pihak terbabit menyokong, menjaga dan meneruskan rundingan antara Rusia dengan Ukraine sehingga mencapai kedamaian di samping sedaya upaya mengelak daripada berlakunya krisis kemanusiaan berskala besar.

Terdahulu, Menteri Luar China, Wang Yi pada Isnin mengusulkan enam saranan untuk mencegah krisis kemanusiaan di negara itu.

Antara saranan itu termasuk mengekalkan prinsip berkecuali dan adil dalam tindakan kemanusiaan, menempatkan pelarian Ukraine dengan baik, memberi jaminan agar akses bantuan kemanusiaan berjalan lancar, mengizinkan warga asing dibantu untuk meninggalkan Ukraine dan mengoptimumkan peranan Pertububan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penyelaras.

Media Baharu