fb fb fb fb fb

Hospital di Mariupol diserang, 3 orang mati termasuk kanak-kanak

(Beberapa orang dibawa keluar dari bangunan hospital di bandar Mariupol selepas serangan udara tentera Rusia/AFP)

KIEV,10 Mac- Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh termasuk kanak-kanak dalam serangan di hospital Mariupol di selatan Ukraine, pada Rabu lapor pihak berkuasa tempatan hari ini.

“Tiga orang terbunuh termasuk kanak-kanak perempun dalam serangan semalam di hospital kanak-kanak dan ibu mengandung di kawasan yang dikepung tentera Rusia di Mariupol,” menurut angka yang dikemas kini pagi ini oleh majlis perbandaran menerusi Telegram.

“Secara sengaja tentera Rusia cuba ‘memusnahkan’ penduduk awam Mariupol tanpa belas kasihan,” menurut majlis perbandaran itu lagi.

Kenyataan sama turut melaporkan 1,200 penduduk terbunuh dalam tempoh sembilan hari pengepungan tentera Rusia.

Serangan ke atas hospital kanak-kanak itu disifatkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky sebagai jenayah perang yang turut mencetuskan kemarahan antarbangsa.

Pengarah Save the Children's di timur Eropah, Irina Saghoyan menerusi satu kenyataan menyebut “ia amat mengerikan kerana tempat untuk mendapatkan rawatan atau bantuan menjadi lokasi yang ingin dimusnahkan.”

“Di mana lagi keluarga dan kanak-kanak hendak pergi jika hospital juga menjadi tempat tidak selamat? Sepatutnya lokasi itu tidak dijadikan medan perang ketika konflik yang menyaksikan kanak-kanak tidak bersalah, terbunuh.” -AFP


(Keadaan hospital di Mariupol selepas serangan udara tentera Rusia pada 9 Mac 2022/AFP)

Media Baharu