fb fb fb fb fb

Ratusan pekerja Korea Selatan ditahan AS selamat tiba di Seoul

Pekerja Korea Selatan yang ditahan dalam serbuan imigresen besar-besaran di tapak projek bateri kereta di kilang AS tiba tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan/Foto REUTERS

SEOUL, 12 September - Ratusan pekerja Korea Selatan yang ditahan dalam serbuan imigresen Amerika Syarikat minggu lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, hari ini.

Penerbangan khas Korean Air membawa lebih 310 pekerja berlepas dari Atlanta selepas mereka antara 475 individu ditahan di tapak pembinaan kilang bateri Hyundai-LG di Georgia.

Kementerian Luar Korea Selatan berkata semua urusan pelepasan berjalan lancar hasil rundingan dengan Washington.

Ini termasuk memastikan pekerja terbabit tidak dikenakan sekatan sekiranya mahu memasuki semula AS.

Insiden itu mencetuskan ketegangan diplomatik apabila Presiden Lee Jae Myung menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengelirukan serta boleh menjejaskan keyakinan pelaburan masa depan.

Tindakan imigresen AS itu turut dikritik kesatuan sekerja Korea (KCTU) yang menuntut permohonan maaf rasmi daripada Presiden Donald Trump, selain menggesa Seoul menyemak semula pelaburan di negara itu. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN