fb fb fb fb fb

Rampasan kuasa gagal, ketua tentera Bolivia ditahan

Foto AFP

LA PAZ, 27 Jun- Ketua tentera Bolivia telah ditahan semalam selepas cuba untuk merampas kuasa di bangunan kerajaan.

Tentera dan lapan kereta kebal memasuki Plaza Murillo, dengan salah sebuah kenderaan itu memecahkan pintu besi istana presiden.

Dikelilingi askar dan lapan kereta kebal, ketua tentera yang kini dipecat Jeneral Juan Jose Zuniga berkata, angkatan bersenjata mahu menyusun semula demokrasi negara tersebut.

"Ia untuk menjadikan Bolivia sebuah negara yang berdemokrasi sebenar dan bukan dikendalikan beberapa orang yang sama selama 30, 40 tahun," katanya kepada pemberita di sini.

Tidak lama selepas itu, wartawan AFP melihat askar dan kereta kebal berundur dari dataran.

Pemberontakan tersebut berlangsung dalam tempoh kira-kira lima jam.

Pada hari sama, Zuniga ditangkap dan dipaksa masuk ke dalam kereta polis.

"Tiada siapa boleh merampas demokrasi yang sudah menangi," kata Presiden, Luis Arce dari balkoni istana kerajaan di hadapan ratusan penyokong. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM