(Harga gas yang melambung tinggi,ramai rakyat Sri Lanka terpaksa kembali
memasak dengan kayu api/AFP)
NEHINNA, 6 Julai- Ketika Sri Lanka, sebuah negara yang agak kaya, mengalami krisis ekonomi yang teruk dengan kekurangan segala-galanya daripada ubat-ubatan sehingga gas, orang ramai terpaksa kembali memasak dengan kayu api.
Peralihan bermula pada awal tahun apabila lebih 1,000 dapur meletup di seluruh negara, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan ratusan lagi.
Ia berpunca daripada tindakan pembekal yang sengaja menambah kandungan propana bagi mengurangkan kos.
Tindakan itu bagaimanqpun meningkatkan tekanan ke tahap berbahaya.
Ketika ini, seperti kebanyakan barangan keperluan di negara dengan 22 juta penduduk itu, bekalan gas sama ada terputus atau terlalu mahal untuk kebanyakan orang.
Ada yang cuba beralih kepada periuk minyak tanah, tetapi kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk mengimportnya bersama petrol dan diesel, yang juga kekurangan bekalan.
Mereka yang membeli periuk elektrik terkejut apabila kerajaan melaksanakan dasar penjimatan elektrik yang meluas.
Niluka Hapuarachchi, 41 tahun, bernasib baik kerana tidak cedera apabila rangkaian gasnya meletup sejurus selepas memasak hidangan untuk makan tengah.
(Seorang penjual makanan menyediakan makanan di kedainya selepas
bekalan elektrik terputus di Colombo pada 2 Mac lalu/AFP)
"Nasib baik ketika itu tiada sesiapa di situ. Terdapat cebisan kaca di seluruh lantai. Dapur atas kaca telah meletup. Saya tidak akan sesekali menggunakan gas lagi untuk memasak. Ia tidak selamat. Kami kini menggunakan kayu api," katanya.
Pemilik kedai makan tepi jalan M.G. Karunawathi, 67 tahun, juga beralih kepada kayu api.
Menurutnya ia adalah pilihan antara menutup perniagaannya atau menahan asap dan jelaga.
“Kami menderita (terhidu asap) apabila memasak dengan kayu api, tetapi kami tiada pilihan,” kata Karunawathi.
-DERITA KE 2023-
Suatu ketika Sri Lanka merupakan negara berpendatan sederhana dengan KDNK perkapita standing Filipina manakala taraf hidup penduduk lebih baik dari negara jiran India.
Namun atas sebab salah urus ekonomi dan sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19, negara berdepan kekurangan wang untuk membayar aktiviti import.
Kesukaran itu dilihat akan berpanjangan untuk tempoh masa lama apabila Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe di parlimen semalam berkata, "kita juga perlu menghadapi kesukaran pada 2023. Ia satu hakikat dan realiti.”
Inflasi di Sri Lanka secara tidak rasmi kini berada di tempat kedua selepas Zimbabwe, dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 80% penduduk melangkau untuk mengambil makanan (pagi, tengah hari atau malam) kerana tidak mampu.
Sebelum krisis, hampir ke semua isi rumah di Colombo mampu untuk menggunakan gas, tetapi kini seorang penebang pokok Selliah Raja, 60, gembira kerana jualan kayu melonjak.
“Sebelum ini saya hanya ada seorang pelanggan – restoran yang menggunakan ketuhar kayu api tetapi kini terlalu banyak permintaan,” kata raja.
Tambah Raja, "Saya juga perlu bayar untuk menebang pokok." -AFP