fb fb fb fb fb

Rakyat Sri Lanka diberi amaran tidak cari pekerjaan secara haram di Malaysia

COLOMBO, 6 Ogos- Kerajaan Sri Lanka menasihati rakyatnya supaya tidak mencari pekerjaan secara haram di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Pihak berkuasa Malaysia menghantar pulang kira-kira 20 warga Sri Lanka setiap minggu selepas menolak kemasukan mereka kerana tidak menggunakan dokumen sah.

Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang Nasional telah dimaklumkan bahawa semakin ramai rakyat Sri Lanka tiba di Malaysia dengan visa lawatan kerana mempercayai visa itu boleh ditukar kepada visa bekerja.

(Foto fail / Foto AFP)

Menurut Kementerian Pertahanan Sri Lanka, ramai antara mereka ditipu oleh ejen pekerjaan.

"Semua bakal migran perlu menggunakan saluran yang sah dan mendaftar dengan Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka (SLBFE) sebelum meninggalkan negara," menurut kementerian itu.

Kegawatan ekonomi dan politik Sri Lanka telah mengakibatkan pengangguran, inflasi tinggi serta kekurangan barangan keperluan dan tenaga yang meruncing. -AFP

Media Baharu