SINGAPURA, 4 April - Ratusan penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan membantah susulan kebimbangan terhadap perlaksanaan hukuman mati di Singapura.
Ini setelah negara itu melaksanakan hukuman berkenaan pertama kali pada 2019, ke atas seorang pesalah jenayah penyeludupan dadah.
Ia melibatkan kes Abdul Kahar Othman, 68, yang dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan itu pada Rabu, sebelum dirayu pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia.
Dalam pada itu, seorang rakyat Malaysia juga bakal berdepan hukuman sama yang disabit kesalahan menyeludup dadah jenis heroin, selepas gagal dalam rayuannya minggu lalu.
Malah, beberapa rayuan banduan akhir berkaitan kes dadah baru-baru ini ditolak mahkamah Singapura.
(Antara peserta perhimpunan yang membawa sepanduk membantah hukuman mati
di Speakers' Corner, Singapura. -Foto AFP)
Kira-kira 400 peserta menyertai perhimpunan berkenaan bertempat di 'Speaker's Corner', satu-satunya lokasi dibenarkan mengadakan bantahan tanpa memerlukan kebenaran.
Perserta perhimpunan dilihat membawa sepanduk tertulis 'hukuman berat tidak menjamin keselamatan kami' dan "jangan membunuh atas nama kami', selain melaungkan slogan membantah hukuman mati.
Protes seumpamanya adalah tindakan luar biasa yang jarang berlaku di Singapura yang sering dikritik kerana menyekat kebebasan awam. -AFP