fb fb fb fb fb

Rakyat Kazakhstan undi pembinaan stesen jana kuasa nuklear pertama

Seorang wanita membaca risalah mengenai pembinaan stesen jana kuasa nuklear/ foto AFP

ALMATY, 6 Oktober - Rakyat Kazakhstan hari ini mengundi dalam pungutan suara mengenai pembinaan stesen jana kuasa nuklear pertama di negara itu.

Keputusan dijangka diumumkan pada Isnin, dengan jangkaan ramai yang menyokong di sebalik kebencian berlarutan atas pendedahan radiasi besar-besaran akibat ujian nuklear era Soviet.

China, Perancis, Rusia dan Korea Selatan, berlumba-lumba untuk memenangi bidaan bagi pembinaan stesen jana kuasa baharu itu yang terletak di tepi Tasik Balkhash.

Presiden Kassym-Jomart Tokaye yang dipilih pada 2019 berkata, ia akan menjadi projek terbesar dalam sejarah Kazakhstan yang merdeka.

Untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi, rakyat Kazakhstan dibenarkan mengundi walaupun nama mereka tiada dalam daftar pemilih.

Malah, perkhidmatan bas di bandar-bandar utama juga adalah percuma untuk hari ini. -AFP

Trainee