fb fb fb fb fb

Rusia sasar Kiev, Odesa dalam serangan dron terbaru

Sebuah trak separuh musnah akibat serangan dron Rusia berhampiran sempadan Ukraine-Romania/ REUTERS

UKRAINE, 6 Oktober- Rusia melancarkan serangan dron di Ukraine yang menyasarkan ibu kota Kiev dan infrastruktur di pelabuhan Laut Hitam Odesa, kata pegawai Ukraine pada Ahad.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri berkata, seorang individu cedera manakala gudang dan trak kargo di Odesa rosak akibat serangan itu. Ia mengakibatkan sebahagian besar negara berada dalam keadaan berjaga-jaga serangan udara selama beberapa jam.

Namun tentera Ukraine telah menembak jatuh 56 daripada sekurang-kurangnya 87 dron yang dilancarkan oleh Rusia ke atas pelbagai wilayah di negara itu, kata tentera udara.

Pada masa sama 25 lagi 'hilang' akibat gangguan elektronik tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

Pentadbir tentera bandar Kiev, Serhiy Popko berkata, tiada kecederaan dilaporkan. Pertahanan udara Ukraine turut memusnahkan semua dron yang disasarkan ke ibu negara.

Dalam pada itu amaran serangan udara untuk Kiev dan wilayah sekitarnya diumumkan tiga kali sepanjang malam, tambah Popko.

Namun perkara itu tidak dapat dipastikan oleh Reuters.

Bagaimanapun Rusia menafikan serangan ke atas Ukraine menyasarkan orang awam.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI