fb fb fb fb fb

Rakyat Haiti berarak tuntut henti keganasan

HAITI, 10 Julai - Beribu-ribu rakyat Haiti berarak di sepanjang jalan Port-au-Prince mendesak agar keganasan kumpulan jenayah dan krisis kemanusiaan yang melanda negara Caribbean itu di hentikan.

Perarakan serupa turut diadakan di Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.

Menurut anggaran Pertubuan Bangsa Bersatu (PBB) kumpulan bersenjata itu telah menguasai kawasan dan mengawal hingga mencecah kira-kira dua juta orang.

Kebanyakannya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh dan keganasan seksual setiap hari.

Situasi itu mencetuskan krisis kemanusiaan dipercayai telah menyebabkan lebih 165,000 orang kehilangan tempat tinggal. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu