fb fb fb fb fb

Rakyat Afghanistan jalani ibadah Ramadan dengan serba kedaifan

KABUL, 3 April- Rakyat Afghanistan menjalani hari pertama ibadah di bulan Ramadan dengan serba kedaifan dibawah penguasa baharu, Taliban.

Menurut beberapa orang penduduk Kabul, ia pengalaman berbeza jika dibandingkan tahun-tahun sebelumnya.

Menurutnya Ahmadullah, tahun ini bulan suci Islam ini disambut dengan krisis ekonomi yang meruncing dengan lebih separuh daripada 38 juta penduduk sedang lapar dan kebuluran.

"Malangnya harga makanan terlalu mahal. Contohnya, semalam sebiji telur berharga 6 Afghani tetapi hari ini sudah meningkat kepada 10 Afghani. Malah, harga sebiji telur telah meningkat sebanyak 4 Afghani dalam masa 24 jam. Begitu juga dengan satu beg tepung, harga meningkat daripada 2,150 Afghani kepada 2,500 Afghani.

"Sebagai seorang penjaga kedai, saya tertanya-tanya adakah ahli perniagaan atau kerajaan yang menjadi punca utamanya," kata Ahmadullah kepada AFP.


(FOTO AFP)

Krisis kemanusiaan semakin meruncing lebih-lebih lagi apabila dana negara dibekukan serta tiada pengiktirafan terhadap Taliban yang merampas kuasa tahun lalu.

"Dunia mesti mengiktiraf Taliban terlebih dahulu. Rakyat benar-benar marah dan jika keadaan berterusan seperti ini, kita mungkin berhadapan krisis kemanusiaa," kata Shahabuddin meluahkan perasaannya ketika ditemu bual media. -AFP

Media Baharu