fb fb fb fb fb

Raja Maghribi mengampuni lebih 4,800 petani ganja

Mohammed VI/ Instagram le_roi_mohamed6

RABAT, 20 Ogos- Raja Maghribi Raja Mohammed VI memberi pengampunan kepada lebih 4,800 petani yang sedang dituduh atau menjalani hukuman atas kesalahan menanam ganja secara haram, kata kementerian kehakiman.

"Baginda telah memberi pengampunan kepada 4,831 orang yang disabitkan bersalah, didakwa atau dikehendaki dalam kes yang dikaitkan dengan penanaman ganja," menurut kenyataan.

Pengumuman itu dibuat menjelang cuti umum sempena Hari Revolusi yang disambut di negara itu setiap 20 Ogos.

Menurut kenyataan itu, pengampunan berkenaan bertujuan untuk membolehkan mereka yang terlibat "berintegrasi ke dalam strategi baharu."

Maghribi adalah pengeluar ganja terkemuka dunia, menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Ia menerima pakai undang-undang pada 2021 yang membenarkan penanaman ganja secara terkawal bagi tujuan perubatan dan ubat-ubatan, dikhaskan tanaman di wilayah luar bandar, timur laut Rif sahaja. -AFP

SITI AISHAH MD ISA