fb fb fb fb fb

Raja Charles ucap terima kasih sokongan dunia

(Raja Charles III memalmbaikan tanganselepas melawat Bilik Gerakan Khas (SOR) Perkhidmatan
Polis Metropolitan di ibu pejabat Lambeth sebagai tanda  terima kasih kepada pekerja
Perkhidmatan Kecemasan atas 
kerja dan sokongan mereka menjelang pengebumian mendiang Ratu/AFP)

 
LONDON, 19 September- Raja Charles III mengucapkan terima kasih dan manzahirkan rasa terharu yang tidak terkira terhadap rakyat Britain dan seluruh dunia di atas ucapan taklziah selepas kematian ibunya, Ratu Elizabeth II.

Dalam perutusan terima kasih pada malam sebelum pengebumian negara itu berlangsung, Raja Charles berkata bahawa baginda dan Permaisuri Camilla sangat tersentuh.

Pengebumian negara untuk Ratu Elizabeth diadakan di Westminster Abbey di London hari ini, mengakhiri 10 hari upacara khidmat dan perkabungan dengan ratusan ribu orang memberi penghormatan kepada ratu berusia 96 tahun itu yang berada selama tujuh dekad di atas takhta.

"Sejak 10 hari lalu, saya dan isteri sangat terharu dengan banyak mesej takziah serta sokongan yang kami terima dari negara ini dan di seluruh dunia.

"Di London, Edinburgh, Hillsborough dan Cardiff, kami sangat terharu dengan semua orang yang bersusah payah datang untuk memberi penghormatan untuk perkhidmatan sepanjang hayat ibu tersayang, mendiang ratu.

"Ketika kita semua bersiap untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir, saya hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang tidak terkira banyaknya yang sudah memberikan sokongan dan rasa senang kepada keluarga dan diri saya di saat tempoh masa kesedihan ini," kata Charles, yang menjelajahi United Kingdom sejak kematian ibunya, dalam satu kenyataan.

(Raja Charles III beramah mesra dengan orang ramai yang menunggu untuk memberi
penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth di Westminster Abbey, London/AFP)

Selepas berada di Westminster Abbey, keranda ratu akan dibawa ke Windsor di mana mendiang akan dikebumikan bersama suaminya, Putera Philip.

Ia menamatkan tempoh berkabung negara di Britain, walaupun perkabungan diraja akan diteruskan selama tujuh hari lagi.

Presiden AS Joe Biden dan Maharaja Jepun Naruhito adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan di keranda mendiang raja, Biden menyilangkan dirinya dan menyentuh hatinya ketika dia berdiri di galeri di dewan zaman pertengahan.

Mereka yanfmemberi penghormatan terakhir termasuk Presiden Perancis Emmanuel Macron, Raja Harald V dari Norway, Ratu Margrethe II dari Denmark, Raja Letsie III dari Lesotho dan Grand Duke Henri dari Luxembourg.-AFP

Media Baharu