fb fb fb fb fb

Ratu Elizabeth disemadikan di Memorial King George VI

(Keranda Raja George VI, bapa kepada mendiang Ratu Elizabeth II, dibawa ke Westmister Hall
pada 11 Februari 1952 (Foto kiri), sementara (Foto kanan) keranda Ratu Elizabeth II dibawa ke dalam Westminster Abbey
di London/AFP)

LONDON, 19 September- Ratu Elizabeth II akan dikebumikan di makam Memorial King George VI di Gereja St George, Istana Windsor, di samping ayahandanya, Raja George VI, bondanya, Ratu Elizabeth I, adindanya, Puteri Margaret dan mendiang suaminya, Putera Philip di Istana Windsor.

Jasad Putera Philip yang mangkat pada usia 99 tahun, tahun lalu akan dipindahkan dan disemadikan di sisi makam mendiang baginda.

Pembinaan makam peringatan, yang direka oleh George Pace itu siap dibina pada tahun 1969.

Ratu mengisytiharkan ia sebagai tempat persemadian kekal untuk bapanya Raja George VI.

Raja itu mangkat pada usia 56 tahun pada Februari 1952 tetapi kematian baginda tidak dijangja dan ketika itu tiada tempat rehat khusus dikhaskan untuknya.

Pada masa itu, Raja George disemadikan di Royal Vault.

Bilik Kebal Diraja ialah tempat berehat terakhir bagi ahli keluarga diraja abad ke-18 dan ke-19, termasuk George III yang meninggal dunia pada tahun 1820.

Dengan tiada lagi ruang untuk menempatkan makam kedua di St George's, ratu ketika itu memutuskan untuk membina sebuah lagi bilik khas untuk pemakaman ayahandanya itu.

Ia yang dihasilkan sebagai tambahan pemakaman sedia ada pertama St George's sejak dibina pada abad ke-15.

(Upacara pengebumian negara untuk Ratu Elizabeth II  diadakan di Westminster
Abbey di London/AFP)

Ratu menolak idea makam menggunakan batu marmar tradisional dengan patung bersaiz sebenar yang digemari oleh kerabat diraja terdahulu untuk bapanya.

Sebaliknya, kubur raja ditandakan dengan marmar rekaan sederhana menggunakan batu Belgium hitam dengan tulisan "George VI".

Tanda makam lebih ringkas itu dipasang pada 31 Mac 1969, dalam satu majlis yang dihadiri ratu dan ibunya, serta Putera Philip, juga adik perempuan Elizabeth, Puteri Margaret dan keempat-empat waris raja.

Sebelum kematiannya pada usia agak muda untuk seorang ketua negara, Raja George VI menikmati kehidupan keluarga yang bahagia bersama isteri dan dua anak perempuannya, merujuk kepada empat orang yang bersatu padu sebagai "kami berempat".

Kematian ratu bermakna keempat-empat waris Raja George akhirnya dikebumikan bersama.

Ibu ratu, juga dipanggil Elizabeth, telah dikebumikan di gereja itu pada 9 April 2002, selepas kematiannya pada usia 101 tahun.-AFP

Media Baharu