OXFORD, 18 Julai – Raja Charles III merasmikan blok bangunan baharu sempena ulang tahun ke-40 Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), pada Khamis.
Blok baharu itu yang dinamakan secara rasmi sebagai King Charles III Wing, merupakan simbol penghargaan terhadap sokongan berterusan baginda terhadap institusi tersebut sejak hampir tiga dekad lalu.
Ketibaan baginda disambut meriah oleh murid sekolah serta komuniti antara agama yang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Raja Charles telah menjadi penaung rasmi OCIS sejak tahun 1993, dan komited dalam usaha memperkukuh kefahaman antara agama serta penyelidikan berkaitan tamadun Islam.
Dalam lawatan itu juga, baginda melancarkan satu inisiatif baharu dikenali sebagai Program Raja Charles III, yang dijangka memperluas lagi penglibatan pusat tersebut dalam wacana ilmiah dan dialog antara budaya.-REUTERS