fb fb fb fb fb

Qantas bakal lancar penerbangan komersil tanpa henti mulai penghujung tahun 2025

SYDNEY, 2 Mei- Syarikat penerbangan Australia, Qantas akan melancarkan penerbangan komersil tanpa henti pertama di dunia dari Sydney ke London dan ke New York bermula akhir tahun 2025.

Syarikat penerbangan itu menyatakan ia menempah 12 pesawat Airbus A350-1000 untuk mengendalikan penerbangan 'Project Sunrise' ke bandar-bandar termasuk London dan New York, bermula dari Sydney.

Pembelian pesawat didorong oleh keadaan pasaran bertambah baik dan permintaan untuk perjalanan domestik dan antarabangsa pulih daripada wabak lebih cepat daripada jangkaan.

Ia sekali gus membolehkan syarikat penerbangan itu mengurangkan hutang dan mengunjurkan keuntungan pada tahun kewangan semasa bermula 1 Julai.

Qantas tidak mendedahkan nilai pembelian itu tetapi ia berkemungkinan berbilion dolar.

Penerbangan tanpa henti dari Sydney ke London, akan mengambil masa hampir 20 jam.-AFP


(Foto Fail AFP)

Media Baharu