fb fb fb fb fb

Kesan perang Rusia-Ukraine, krisis makanan dunia bertambah buruk

(Foto Hiasan)

DAKAR, 2 Mei- Perang Rusia-Ukraine telah memburukkan lagi krisis makanan, tenaga dan ekonomi di Afrika dan seluruh dunia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata segala sekatan eksport yang tidak perlu harus ditarik balik dalam menangani krisis makanan dan tenaga yang disebabkan oleh perang itu.

"Krisis makanan boleh diatasi dengan memperkenalkan semula eksport gandum dari Ukraine, Rusia dan Belarus ke pasaran dunia," lapor AFP.

Mengenai krisis tenaga, beliau menekankan pentingnya mengalakkan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui.

"Institusi kewangan antarabangsa untuk segera laksanakan mekanisme kawalselia hutang bagi negara-negara membangun," tambah AFP.

Ini supaya kerajaan-kerajaan boleh elak situasi gagal bayar hutang dan mampu melabur dalam jaringan keselamatan sosial dan pembanngunan lestari rakyat mereka.- AFP


(Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres/AFP)

Media Baharu