fb fb fb fb fb

Pyongyang lancar peluru berpandu, Jepun gesa penduduk Hokkaido berlindung

(Foto AFP)

SEOUL, 13 April- Korea Utara dilapor melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana dan jauh, pada Khamis, menurut Korean Selatan dan Jepun.

Tindakan itu mendorong Jepun mengeluarkan amaran menggesa penduduk Hokkaido mencari kawasan selamat untuk berlindung.

Namun, amaran kemudian ditarik semula.

Pegawai Jepun sebelum itu mengesahkan peluru berpandu tersebut tidak jatuh dalam wilayah negara berkenaan dan tidak menimbulkan ancaman kepada penduduk.

(Seorang lelaki berjalan melepasi skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman
fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul pada 13 April 2023/Foto AFP)

Sementara itu, tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu balisitk dikesan dilepaskan dari kawasan Pyongyang pada pukul 7.23 pagi.

Ia ditembak ke arah Timur pada sudut tinggi.

"Korea Selatan dan perisikan Amerika Syarikat (AS) sedang menganalisis butirannya," kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Sambil menambah mereka mengekalkan kesediaan sepenuhnya melalui penyelarasan rapat dengan AS.

Ketegangan semakin memuncak susulan Korea Utara mengecam siri latihan ketenteraan bersama yang dijalankan AS dengan Korea Selatan, baru-baru ini.-AFP

Media Baharu