fb fb fb fb fb

Enam banduan ditemukan mati tergantung dalam sel

(Seorang askar berkawal di luar penjara Guayas 1 selepas enam banduan ditemui
mati tergantung dalam sel di Guayaquil, Ecuador pada 12 April 2023 / AFP)

GUAYAQUIL, 13 April- Enam banduan ditemukan mati tergantung dalam sel penjara di bandar pelabuhan barat daya Guayaquil, Ecuador pada Rabu.

Kompleks penjara Guayaquil telah menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai penjara paling teruk di Ecuador dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh persaingan kumpulan.

Mayat ditemui semasa pengawal sedang membuat pemerikasaan biasa, menurut menurut Perkhidmatan Berpadu Negara terhadap Individu Yang Ditahan dan Pesalah Remaja (SNAI).

Pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada mayat banduan menunjukkan sebarang tanda keganasan, mahupun sama ada mereka tergolong dalam kumpulan kongsi gelap.

Penemuan mengerikan itu berlaku sehari selepas kira-kira 30 lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pelabuhan nelayan di barat laut Ecuador, Esmeraldas menyebabkan sembilan orang terbunuh di mana Menteri Dalam Negeri Juan Zapata kemudiannya mengatakan ia adalah pergaduhan merebut wilayah atau kawasan antara kumpulan samseng.

Banduan yang digantung itu ditemui dalam sel nombor lima penjara Guayas 1, yang menempatkan 6,800 banduan dan merupakan sebahagian daripada kompleks penjara besar itu.

Media tempatan melaporkan bahawa astaka itu dikawal oleh kumpulan yang dikenali sebagai Las Aguilas (helang), yang memeras banduan lain.

Daerah Guayaquil dan Esmeraldas terjejas teruk oleh lonjakan keganasan di Ecuador biasanya berkaitan dengan kartel dadah.

Pada 3 Mac, Presiden Guillermo Lasso mengisytiharkan darurat di kedua-dua daerah itu.

Sejak Februari 2021, terdapat lapan pembunuhan beramai-ramai penjara di mana lebih 400 banduan telah dibunuh.-AFP


(Pemandangan dari udara penjara Guayas 1 / AFP)

Media Baharu