fb fb fb fb fb

Asean kutuk serangan udara tentera Myanmar

(Sebuah sekolah musnah dalam serangan udara  pada September 2022 di wilayah Sagaing,
Myanmar. Serangan mengakibatkan 11 pelajar maut/Foto fail AFP)

JAKARTA, 13 April- Asean mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara tentera Myanmar di sebuah kampung sehingga menyebabkan lebih 100 orang maut termasuk orang awam dan kanak-kanak.

Serangan pada Selasa lalu di kawasan Sagaing adalah serangan paling maut dan mendapat kecaman global.

Pengerusi Asean 2023 Indonesia dalam kenyataan pada Khamis menegaskan sebarang bentuk keganasan perlu ditamatkan serta-merta.

"Semua bentuk keganasan mesti ditamatkan serta-merta, khususnya penggunaan kekerasan terhadap orang awam," menurut kenyataan itu.

(Pengerusi Asean 2023 Indonesia dalam kenyataan pada Khamis
menegaskan sebarang bentuk keganasan perlu di ditamatkan serta merta)

Terdahulu, Junta Myanmar pada Rabu mengesahkan telah melancarkan serangan udara tersebut.

Ia selepas menerima maklumat daripada penduduk tempatan mengenai pembukaan pejabat pasukan pertahanan yang berkaitan dengan penentang kerajaan tentera.

Serangan itu turut mendapat kecaman pantas daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu dan kuasa Barat.-AFP

Media Baharu