fb fb fb fb fb

Qatar, Bahrain sepakat pulih semula hubungan diplomatik

(Foto Reuters)

DOHA, 13 April- Qatar dan Bahrain pada Rabu bersetuju menamatkan pertelingkahan dan memulihkan semula hubungan diplomatik.

Bahrain pada 2017 menyertai Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mengenakan sekatan diplomatik ke atas Qatar.

Doha didakwa terlalu rapat dengan Iran dan menyokong kumpulan radikal Islam sehingga membawa terputusnya hubungan itu, namun, dakwaan terbabit dinafikan Qatar.

Persetujuan mengenai perdamaian tersebut dicapai dalam perbincangan di ibu pejabat Majlis Kerjasama Teluk di Arab Saudi, kata Kementerian Luar Qatar.

"Kedua-dua pihak menegaskan bahawa langkah ini berpunca daripada keinginan bersama untuk membangunkan hubungan dua hala dan meningkatkan perpaduan dan integrasi Teluk," tambahnya.

Kementerian Luar Bahrain turut mengeluarkan kenyataan serupa, lapor agensi berita negara itu.-AFP

(Bahrain pada 2017 menyertai Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
dan Mesir mengenakan sekatan diplomatik ke atas Qatar/Foto Reuters)

Media Baharu