fb fb fb fb fb

Lelaki bakar bekas teman wanita 'hidup-hidup' ditahan

(Foto Reuters)

LIMA, 13 April- Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya 'hidup-hidup' ditahan di Colombia, pada Rabu.

Perkara itu disahkan kerajaan Colombia, di sini.

Sergio Tarache Parra, 19, dari Venezuela, dituduh menyimbah Katherine Gomez, 18, dengan minyak tanah sebelum membakar mangsa di dataran di Lima, Peru pada 18 Mac.

Beberapa hari sebelumnya, remaja perempuan itu dipercayai memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.

Gomez dimasukkan ke hospital dengan badan melecur hingga 60 peratus dan meninggal dunia enam hari kemudian.

Kes berkenaan sangat mengejutkan rakyat Peru.

Kementerian dalam negeri Peru berkata, Tarache akan dipindahkan dari Colombia ke Peru untuk dibicarakan.

(Kementerian dalam negeri Peru berkata, Tarache akan
dipindahkan dari Colombia ke Peru untuk dibicarakan/Foto Reuters)

Kamera keselamatan menunjukkan penyerang Gomez melarikan diri dari tempat kejadian, dan polis Peru menawarkan ganjaran bersamaan AS$12,500 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek.

Notis merah Interpol telah dikeluarkan untuk penahanan Tarache, menurut konsulat Peru di Bogota.

Menurut data rasmi, Peru, sebuah negara dengan penduduk 33 juta, mencatatkan 136 pembunuhan beramai-ramai pada 2022 dan jumlah sama direkodkan tahun sebelumnya.

Rabu lalu, pegawai berkata seorang jururawat berusia 32 tahun yang dirogol dan diseksa oleh rakan sekerja meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di hospital.

Dua orang lelaki ditahan berhubung kes itu.

Selain itu, dalam satu insiden serupa dengan Gomez, seorang lelaki menaiki bas di Lima pada 2018, menyimbah petrol ke atas bekas teman wanitanya Eva Agreda dan membakarnya. Wanita tersebut meninggal dunia beberapa hari kemudian.-AFP

Media Baharu