fb fb fb fb fb

Presiden Brazil tiba di China untuk lawatan rasmi

(Foto Reuters)

CHINA, 13 April- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva yang mengetuai delegasi besar pegawai dan pemimpin perniagaan, tiba di Shanghai pada Rabu, bagi lawatan rasmi ke republik itu.

Semasa lawatan dari 12 hingga 15 April, kedua-dua negara dijangka mempromosikan peningkatan kerjasama yang saling menguntungkan dan mesra dalam pelbagai bidang.

Usaha bertujuan menyuntik lebih tenaga positif dalam memajukan kerjasama negara-negara membangun dan menangani cabaran global.

Lula, 77, merancang untuk melawat China bulan lalu tetapi dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru.

Ini merupakan lawatan negara ketiga beliau ke China dan lawatan pertama ke luar hemisfera Barat sejak memegang jawatan untuk penggal ketiga pada 1 Januari lalu.

Lawatan presiden Brazil itu adalah antara yang terbaharu dalam siri lawatan negara pemimpin asing ke China.

Awal bulan ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut mengadakan lawatan rasmi ke China.-REUTERS

(Lawatan presiden Brazil itu adalah antara yang terbaharu dalam
siri lawatan negara pemimpin asing ke China/Foto Reuters)

Media Baharu