fb fb fb fb fb

Cegah malaria, Ghana guna vaksin baharu

(Foto Hiasan)

LONDON, 13 April- Vaksin malaria yang dibangunkan Universiti Oxford akan digunakan di Ghana.

Menurut Universiti Oxford, ia pertama kali digunakan di negara tersebut.

"Vaksin diluluskan itu akan digunakan untuk kanak-kanak berusia lima bulan hingga 36 bulan. Kumpulan umur berkenaan paling berisiko kematian akibat malaria," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, langkah penting itu diharap dapat membantu kanak-kanak Ghana dan Afrika memerangi malaria dengan berkesan.

Ketua Penyiasat Program Vaksin R21/Matrix-M, Profesor Adrian Hill berkata vaksin itu boleh dibekalkan pada skala besar kepada negara yang paling memerlukannya.

September lalu, Universiti Oxford mengumumkan bahawa dos penggalak vaksin malaria baharu mengekalkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap malaria.

Pada 2020, seramai 627,000 orang di Afrika, kebanyakannnya kanak-kanak maut disebabkan nyamuk. - AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu