fb fb fb fb fb

Puma serang dua beradik ditembak mati

FOTO HIASAN

LOS ANGELES, 26 Mac- Pejabat Syerif Daerah El Dorado mengesahkan singa gunung yang menyerang dua beradik dan menyebabkan salah seorangnya maut hujung minggu lalu telah dibunuh.

Adik beradik itu keluar mengumpul tanduk rusa apabila mereka didatangi oleh puma berkenaan.

Taylen Brooks, 21, terbunuh, manakala adiknya Wyatt yang berusia 18 tahun mengalami cedera parah di mukanya, kata pejabat sheriff.

Serangan maut terakhir di California oleh singa gunung adalah pada 2004 di Orange County, berhampiran Los Angeles.

Dalam serangan pada Sabtu lalu itu, singa gunung berkenaan pada mulanya menyasarkan Wyatt Brooks, menggigit mukanya, kemudian mencakar bahagian tengah muka.

Ia kemudiannya menyasarkan Taylen Brooks, menggigitnya di bahagian leher dan enggan melepaskan pemuda itu.

Brooks kemudian segera melarikan diri ke tempat letak kenderaan mereka untuk mendapatkan bantuan, kemudian dia kembali ke lokasi kejadian namun mendapati abangnya telah dibawa lari oleh siga gunung tersebut.

Sekumpulan sherif dan yang melakukan operasi mencari kemudiannya kemudiannya menemui seekor singa gunung sebelah 'subjek' di atas tanah lalu menakutkan haiwan itu dengan tembakan.

Warden hutan dan pemburu yang membantu dalam operasi tersebut kemudiannya dapat mengesan haiwan itu dan membunuhnya, kata pejabat sherif.

Serangan singa gunung amat jarang berlaku. Hanya 22 orang telah diserang oleh haiwan berkenaan di California sejak 1986, dengan hanya tiga kematian pada masa itu.

Singa gunung juga dikenali sebagai puma kucing liar besar yang berasal dari benua Amerika dan boleh ditemui dari wilayah Yukon barat laut Kanada sehingga ke selatan Andes.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE