fb fb fb fb fb

Puluhan banduan lolos Penjara Malir berjaya dicekup semula

Beberapa banduan melarikan diri daripada Penjara Malir susulan gempa bumi yang berlaku lewat malam Isnin lalu - Foto Reuters

KARACHI, 3 Jun - Seramai 46 banduan yang melarikan diri daripada Penjara Malir di Karachi, Pakistan susulan beberapa gempa bumi yang berlaku lewat malam Isnin lalu sudah berjaya diberkas semula.

Namun pihak berkuasa belum menyatakan jumlah sebenar banduan yang berjaya meloloskan diri susulan insiden berkenaan.

Keadaan penjara terbabit selepas kejadian gempa dan bantuan melarikan diri memaparkan tingkap pecah dan serpihan kaca bertaburan di lantai penjara.

Menurut Menteri Undang-Undang Wilayah, Zia-ul-Hasan Lanjar kejadian itu turut menyebabkan panik dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau berkata, insiden berkenaan merupakan antara kejadian lari dari penjara yang terbesar dalam sejarah Pakistan. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK