PARIS, 29 Oktober - Perancis hari ini memberi amaran yang gencatan senjata di Gaza berada dalam keadaan terancam dan menyeru agar ia dipulihkan segera.
Jurucakap kerajaan, Maud Bregeon berkata Perancis berhasrat memainkan peranan dalam usaha menstabilkan wilayah tersebut dan terlibat dalam usaha pengamanan.
"Keutamaan kami adalah untuk menyertai rangka kerja yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat bagi menstabilkan wilayah Gaza," jelasnya.
Rejim Israel yang mendakwa mereka mematuhi penjanjian gencatan senjata telah membunuh sekurang-kurangnya 104 nyawa penduduk Gaza menerusi puluhan serangan udara yang dilancarkan pada Selasa.
Israel berkata serangan itu sebagai tindak balas atas serangan Hamas yang membunuh seorang tenteranya.
Dakwaan itu bagaimanapun disangkal Hamas. - REUTERS