LOME, 29 Jun- Gelombang protes di Togo memasuki hari ketiga pada Sabtu apabila ribuan penunjuk perasaan terus mendesak Presiden Faure Gnassingbe meletakkan jawatan.
Ini susulan pelantikan kontroversinya sebagai Presiden Majlis Menteri, satu jawatan berkuasa tanpa had tempoh perkhidmatan.
Demonstrasi yang bermula Khamis lalu mencerminkan peningkatan ketara terhadap penentangan kepada penguasaan politik keluarga Gnassingbé, yang telah memerintah Togo selama hampir enam dekad.
Saksi memaklumkan bahawa pasukan keselamatan bertindak menyuraikan penunjuk perasaan di ibu negara Lome dengan menggunakan gas pemedih mata dan belantan, selepas kumpulan penunjuk perasaan bertindak menyekat jalan raya.
Di beberapa kawasan pinggir bandar, peserta protes membakar tayar dan perabot sebagai sekatan jalan.
Menurut Amnesty International, puluhan penunjuk perasaan telah ditahan, setakat ini.- REUTERS