fb fb fb fb fb

Protes antikerajaan besar-besaran di Serbia, desak pilihan raya awal

Foto REUTERS

BELGRADE, 31 Mei-Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan membanjiri jalan-jalan di Belgrade pada Jumaat berarak dan menuntut pilihan raya awal diadakan.

Protes itu dianjur dan diketuai oleh pelajar universiti yang menuntut keadilan terhadap insiden bumbung runtuh di sebuah stesen kereta api di Novi Sad pada November lalu yang meragut lebih puluhan nyawa.

Perhimpunan harian yang bermula sejak insiden tersebut telah merebak ke seluruh Serbia dan menjadi cabaran terbesar terhadap kepimpinan Presiden Aleksandar Vucic dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Para penunjuk perasaan mengecam gejala rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran yang didakwa menjadi punca tragedi itu berlaku.

Pada Januari lalu, Presiden Vucic membayangkan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya mengejut selepas Perdana Menterinya meletak jawatan berikutan tekanan berterusan dari protes awam.

Perdana Menteri Milos Vucevic yang merupakan pegawai tertinggi kerajaan telah meletakkan jawatan selepas insiden tersebut.

Pada April, Parlimen Serbia meluluskan pelantikan seorang profesor perubatan yang tidak berpengalaman dalam politik, Djuro Macut, sebagai Perdana Menteri baharu negara Balkan itu.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD