fb fb fb fb fb

Program nuklear Iran, Tehran enggan tunduk gesaan AS, sekutu

TEHRAN, 9 Mac - Iran bertegas dengan keputusan memperkaya sumber nuklearnya ketika Amerika Syarikat dan Perancis memberi amaran ia bakal menggugat pemulihan perjanjian nuklear 2015.

Presiden Ebrahim Raisi dalam satu temu bual memberitahu, Iran telah memenuhi kehendak Amerika Syarikat serta sekutu dan sudah sampai masanya Iran mendapat manfaat seperti yang dijanjikan.

“Kerajaan akan meneruskan rundingan nuklear mengikut sepenuhnya prinsip dan rangka kerja yang ditetapkan oleh Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam keputusan Tehran.”

Tambahnya, Tehran juga mahu komitmen negara 'Uncle Sam' itu agar tidak mengambil langkah kebelakangan seperti mana dilakukan Presiden AS Donald Trump yang sebelum ini keluar daripada perjanjian itu pada 2018 dan mengenakan semula sekatan terhadap Iran.

Kesatuan Eropah dalam pada itu menyeru kedua belah pihak agar segera membuat keputusan kerana bimbang kelewatan boleh menjejaskan kualiti rundingan dan menyebabkan ia berpanjangan.

Pertemuan antara kuasa besar nuklear dan perbincangan berkait program nuklear Iran, telah berlangsung berbulan-bulan dengan tiada keputusan konsensus dicapai. - AP


(Presiden Iran, Ebrahim Raisi dalam satu temubual /FOTO AP)

 

Media Baharu