fb fb fb fb fb

India buka semula ruang angkasa, penerbangan antarabangsa bermula 27 Mac

NEW DELHI, 9 Mac- India akan menyambung semula penerbangan antarabangsa mulai 27 Mac selepas 2 tahun penggantungan perkhidmatan susulan pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Penerbangan Awam (MoCA) India, ia dibuat berdasarkan kadar vaksinasi yang semakin meningkat di seluruh dunia dan setelah perundingan dibuat diperingkat dasar dan badan-badan berkepentingan.

Ia turut menjelaskan penerbangan antarabangsa keluar masuk India bakal mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan.

Menteri penerbangan awam, Jyotiraditya Scindia dalam catatan Twitter turut memaklumkan pembukaan ruang angkasa itu dirancang bagi menandai permulaan Musim Panas 2022.

"Selepas berbincang dengan pihak berkepentingan serta melihat penurunan kes COVID-19, kami telah memutuskan untuk menyambung semula penerbangan antarabangsa. Perlaksanaan Air Bubble juga secara rasmi terbatal. Dengan langkah ini, saya yakin sektor ini akan mampu kembali berkembang."

India menggantung operasi penerbangan antarabangsa beberapa kali berikutan lonjakan kes COVID-19 diseluruh dunia. Meski mempunyai perjanjian gelembung udara dua hala antara beberapa buah negara penggantungan penerbangan antarabangsa berjadual dilanjutkan secara berkala setiap bulan sehingga 30 November 2021.

Langkah New Delhi ini juga turut didorong penurunan secara konsisten kes jangkitan COVID-19 serta peningkatan permintaan perkhidmatan udara domestik sejak Disember lalu. - AFP



(FOTO AFP)

Media Baharu