fb fb fb fb fb

Angka korban banjir di Sydney meningkat kepada 20 orang

FOTO AFP

SYDNEY, 9 Mac - Angka korban banjir yang melanda pantai Timur Australia sejak seminggu lalu meningkat kepada 20 orang, selepas mayat seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan dalam banjir di Sydney.

Pihak polis memaklumkan mangsa adalah ibu dan anak lelaki yang dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaiki dihanyutkan arus deras.

Puluhan ribu penduduk Sydney diarah meninggalkan kediaman berikutan ribut dan banjir kilat yang sedang membadai bandar terbesar di Australia itu.

Biro Cuaca Negara memberi amaran bahawa Sydney bakal berdepan tempoh 48 jam paling mencabar dan lebih 60,000 penduduk terjejas.

Hujan lebat turut menenggelamkan jambatan dan rumah, menghanyutkan kereta, selain meruntuhkan bumbung pusat beli-belah dan pasar raya.

(AFP)


Penyelidik, Mitchell Harley berkata banjir yang melanda Sydney sejak beberapa hari lalu menunjukkan keperluan untuk mempertimbangkan kesan perubahan iklim terhadap bandar tersebut yang mempunyai lebih 5 juta penduduk.

"Banyak infrastruktur ini perlu dinilai semula dalam konteks perubahan iklim", katanya.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan, hampir separuh daripada 5,000 rumah yang musnah akibat banjir yang diperiksa di wilayah itu, tidak dapat didiami. -AFP

Media Baharu