fb fb fb fb fb

Solidariti: Syarikat pengeluar makanan dan minuman terkemuka tutup operasi di Rusia

(Papan iklan restoran makanan segera Amerika Syarikat di bandar Moscow/AFP)

NEW YORK, 9 Mac- McDonald, Starbuck, Coca-Cola dan PepsiCo mengumumkan penggantungan operasi perniagaan mereka di Rusia. 

Pengeluar minuman dan makanan ringan terbesar dunia itu mengumumkan langkah tersebut diambil selepas syarikat dan kerajaan Barat bertindak untuk mengenakan hukuman terhadap Moscow atas pencerobohan terhadap Ukraine.

“Kami tidak boleh mengabaikan penderitaan penduduk Ukraine yang sepatutnya tidak berlaku,” kata pengeluar makanan ringan terbesar dunia menerusi kenyataan yang turut mengumumkan penutupan sementara kesemua 850 restoran di Rusia yang menggaji kira-kira 62,000 pekerja.

Serangan Rusia terhadap jirannya menyebabkan sekatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, juga kritikan antarabangsa tatkala tentera Rusia meneruskan operasi tentera ke serata Ukraine sehingga menyebabkan jumlah kematian terus meningkat.

“Syarikat kami sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang teraniaya dari tragis di Ukraine,” menurut kenyataan Coca-Cola yang turut mengumumkan syarikat itu menggantung perniagaan mereka di Rusia.

Syarikat seperti Apple ke perkhidmatan berkaitan kewangan termasuk Visa sudah mengumumkan penggantungan operasi mereka di Rusia sejak serangan dimulakan bulan lepas.

“Disebabkan peristiwa mengerikan yang berlaku di Ukraine, kami mengumumkan penggantungan jualan Pepsi-Cola dan kesemua jenama minuman global kami di Rusia termasuk 7Up and Mirinda," jeas kenyataan PepsiCo. -AFP

(Suasana sebuah pusat beli-belah di Moscow pada 7 Mac 2022/AFP)

 

Media Baharu