LUBNAN, 8 Disember - Presiden Syria, Bashar al-Assad dilaporkan telah meninggalkan negara itu selepas kehilangan sebahagian besar wilayahnya.
Ia disebabkan serangan daripada kumpulan penentang, menurut pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights pada Ahad.
Ketua observatori tersebut Rami Abdel Rahman berkata, Assad meninggalkan Syria melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik sebelum pasukan keselamatan tentera meninggalkan kemudahan itu.
Ribuan rakyat Syria menaiki kereta dan berjalan kaki, berkumpul di sebuah dataran utama di Damsyik sambil melambaikan tangan dan melaungkan 'kebebasan', menurut saksi.
"Kami meraikan bersama rakyat Syria berita pembebasan tahanan kami dan pengumuman berakhirnya era kezaliman di penjara Sednaya," kata pihak penentang dalam satu kenyataan.
Perhimpunan itu mencerminkan kegembiraan rakyat atas perkembangan terbaru dalam konflik yang telah berlangsung lama di negara tersebut. -
Reuters melaporkan bahawa mereka tidak dapat segera mengesahkan identiti individu yang berada di atas pesawat yang dilaporkan digunakan untuk meninggalkan Syria. - REUTERS