fb fb fb fb fb

Kim Yong-hyun ditahan

Kim Yong-hyun/ Foto Reuters

SEOUL, 8 Disember - Bekas menteri pertahanan Korea Selatan Kim Yong-hyun ditahan pada Ahad sehari selepas Presiden Yoon Suk Yeol terselamat daripada undian pemecatan berhubung percubaan gagalnya untuk melaksanakan undang-undang tentera.

Media tempatan melaporkan usul itu gagal kerana pemboikotan oleh parti Yoon, meskipun ribuan rakyat protes bagi membantah di luar parlimen di Seoul, menuntut presiden itu meletak jawatan.

Kim Yong-hyun yang telah meletak jawatan sebagai menteri pertahanan selepas penggantungan pemerintahan awam pada Selasa lalu, telah dikenakan larangan perjalanan.

Presiden terpaksa membatalkan arahan tersebut beberapa jam kemudian dan parlimen menolak dekri itu.

Polis kini sedang menyiasat Yoon, Kim dan beberapa individu lain atas dakwaan pemberontakan.

Pejabat pendakwa raya belum memberikan maklum balas mengenai penahanan Kim, yang dilaporkan oleh agensi berita Yonhap dan media tempatan lain pada pagi Ahad. - AFP

TETITIA YUSOFF