fb fb fb fb fb

Presiden Serbia masuk hospital selepas alami masalah kesihatan

Presiden Serbia masuk hospital selepas alami masalah kesihatan ketika lawatan ke AS./ Foto Reuters

BELGRADE 4 Mei: Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dimasukkan ke hospital di Belgrade pada Sabtu selepas terpaksa memendekkan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat akibat masalah kesihatan.

Sebaik tiba di Belgrade, beliau dibawa ke Akademi Perubatan Ketenteraan (VMA).

Presiden Vucic dilaporkan mula mengalami masalah kesihatan pada petang Jumaat waktu tempatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Kongres Amerika Syarikat, Claudia Tenney, bekas Gabenor Illinois, Rod Blagojevich dan beberapa wakil perniagaan Serbia-Amerika.

Pejabat Presiden memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatannya akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang.

MOHAN CHINNASAMY