MANILA 4 Mei: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun antara dua yang maut selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar pintu masuk kawasan berlepas Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) di Paranaque City.
Pasukan Keselamatan Penerbangan Polis Kebangsaan Filipina (PNP Avsegroup) berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika Ford Everest berwarna hitam itu sedang bersedia meninggalkan kawasan berlepas selepas menurunkan penumpang.
Pemandu itu mendakwa semasa menghidupkan kenderaannya, sebuah kereta sedan tiba-tiba melanggar orang ramai di pintu masuk.
Seorang lagi mangsa yang maut ialah lelaki berusia 28 tahun.
Tiga mangsa yang cedera masing-masing berusia 55, 34 dan 4 tahun, dibawa ke Hospital San Juan De Dios di Pasay City.
Lesen memandu lelaki itu kini digantung selama 90 hari sementara menunggu siasatan.
Sementara itu, San Miguel Corporation menawarkan untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mangsa dan keluarga mereka.- Reuters