fb fb fb fb fb

Presiden Romania Pro-Barat janji tolak pengaruh Rusia

Foto AFP

BUCHAREST, 26 Mei - Nicusor Dan mengangkat sumpah sebagai Presiden Romania hari ini selepas menang dalam pusingan kedua pilihan raya presiden minggu lalu.

Bekas Datuk Bandar Bucharest yang Pro-Barat itu berikrar untuk menyekat pengaruh Rusia dan dasar pengasingan, dan terus mengekalkan haluan negara itu.

Dan memperoleh 54% undi menewaskan pencabarnya George Simion.

Pada pusingan pertama, Simion dilaporkan mendahului Dan namun dibatalkan susulan dakwaan campur tangan Rusia dan manipulasi media sosial oleh calon.

Ia kemudian disifatkan sebagai rampaan kuasa oleh Simion selepas keputusan kemenangan Dan disahkan oleh mahkamah negara itu.

Romania, anggota EU dan NATO yang bersempadan dengan Ukraine, kini berdepan cabaran ekonomi termasuk inflasi tinggi dan hutang besar. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN