fb fb fb fb fb

Iran tolak tuntutan AS henti pengayaan uranium

Foto AFP

TEHRAN, 26 Mei - Iran menolak tuntutan Amerika Syarikat (AS) agar menghentikan pengayaan uranium sebagai sebahagian syarat dalam rundingan nuklear melibatkan kedua negara tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata tuntutan itu tidak berasas serta melanggar hak Iran terhadap kebebasan mentadbir urus sumbernya.

Tambahnya rundingan tersebut tidak bole dimuktamadkan segera kerana ia melibatkan perbincangan lebih lanjut.

“Kami tidak boleh menyelesaikan rundingan serumit ini hanya dalam dua atau tiga pertemuan,” katanya.

Isu pengayaan uranium Iran menjadi tumpuan utama dalam rundingan April lalu, selepas AS menarik diri daripada perjanjian nuklear pada tahun 2015 ketika kali pertama Donald Trump menjawat jawatan sebagai Presiden.

Washington mahu Iran menghentikan semua bentuk pengayaan, manakala Tehran bertegas ia berhak meneruskan program nuklear bagi tujuan tenaga. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN