fb fb fb fb fb

Presiden Perancis bertemu Presiden Indonesia di Jakarta

Emmanuel Macron dan Prabowo Subianto (kanan) di Istana Presiden Jakarta/ REUTERS

JAKARTA, 28 Mei- Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Istana Presiden di sini pada Rabu.

Ketibaan Macron disambut dengan istiadat rasmi merangkumi kawalan kehormat serta persembahan kanak-kanak yang melambai bendera kebangsaan Indonesia dan Perancis.

Beliau turut menandatangani buku tetamu di Istana Presiden dan mengambil gambar bersama Prabowo sebelum kedua-dua pemimpin memulakan sesi perbincangan rasmi.

Perbincangan antara kedua-dua pemimpin memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama pertahanan, memandangkan Indonesia merupakan pelanggan utama industri pertahanan Perancis di Asia Tenggara.

Indonesia merupakan destinasi kedua dalam rangka lawatan serantau Presiden Perancis selepas Vietnam, yang menyaksikan kedua-dua negara memeterai perjanjian bernilai melebihi AS$10 bilion.

Sementara itu Macron dijadual meneruskan lawatannya ke Singapura pada Khamis.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI