MUZAFFARABAD, 28 Mei - 10 orang maut dan 43 orang cedera dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di bahagian tengah dan utara Pakistan pada Rabu.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMA), lima individu terkorban melibatkan empat wanita di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan maut di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa.
Dua lagi kematian turut berlaku di wilayah Punjab akibat kejadian cuaca buruk tersebut.
Operasi menyelamat masih giat dijalankan di beberapa kawasan yang terjejas dan pihak berkuasa turut memberi amaran kemungkinan berlaku lebih banyak kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang berterusan. - AFP