fb fb fb fb fb

Presiden Argentina umum Ketua Kabinet baharu

Presiden Argentina, Javier Milei/Foto REUTERS

BUENOS AIRES, 28 Mei - Kerajaan Argentina pimpinan Presiden Javier Milei pada Isnin mengumumkan peletakan jawatan Ketua Kabinet,Nicolas Posse.

Jawatan Ketua Kabinet kini digantikan oleh Menteri Dalam Negeri,Gulliermo Francos.

di bawah perlembagaan Argentina,Ketua Kabinet dianggap sebagai jawatan Menteri paling tinggi.

"Doktor Guillermo Francos akan menjalankan fungsi sebagai Ketua kabinet Menteri dengan objektif untuk membawa pembaharuan politik di dalam kerajaan", kata Milei dalam kenyataan di sosial media X.

Francos, merupakan bekas perwakilan Argentina ke Persidangan Bank pembangunan Amerika dan memainkan peranan penting pada kempen pilihan raya Milei.

Dia turut menjadi individu penting dalam program pembaharuan ekonomi Argentina yang dipelopori oleh Milei seperti program penjimatan, penswastaan dan penyahkawalseliaan ekonomi sejak berkuasa pada Disember 2023.

Milei turut berikrar untuk menghentikan kemerosotan ekonomi Argentina dan mengurangkan defisit bajet kepada sifar.

Antara langkah yang dilaksanakan Milei ialah mengurangkan perbelanjaan awam dan menghapuskan puluhan ribu pekerjaan kerajaan.

Dia turut menurunkan nilai peso sebanyak 50 peratus, dan langkah itu telah menjejaskan pengguna dengan teruk.

Tabung Kewangan Antarabangsa menjangkakan ekonomi Argentina akan menguncup sebanyak 2.8 peratus tahun ini.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD